Papers1 provider · 1 record
January 1, 2025· UUM Electronic Theses and Dissertation [eTheses] (Northern University of Malaysia)
dissertation
Open access

Model konseptual persepsi nilai pembelian Non-Fungible Token (NFT) terhadap karya seni visual kontemporari

Authors:Mohd Amirul Helmi, Ismail *

Abstract

Perkembangan NFT telah mengubah landskap seni visual kontemporari dengan menyediakan peluang pemilikan digital serta akses ke pasaran global, namun kajian tentang persepsi nilai pengguna masih terhad dalam memahami motivasi pembeli dari aspek teknikal dan ekonomi. Justeru, kajian ini membangunkan Model Faktor Pemilihan NFT (MP-NFT) bagi menjelaskan bagaimana pembeli menilai dan membuat Keputusan terhadap pemilihan NFT dalam seni visual kontemporari, menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur dengan tujuh artis seni visual kontemporari di Malaysia. Analisis tematik berpandukan teori persepsi nilai pengguna oleh Troilo, Holbrook, Sheth, dan Zeithaml mendedahkan lapan dimensi utama ekonomi, sosial, psikologi, teknologi, cabaran, pengalaman, nilai dan kesan, serta masa depan NFT—yang melahirkan 22 faktor penting membentuk Model MP-NFT. Kajian ini bukan Sahaja memperkaya perbahasan teori mengenai persepsi nilai pengguna NFT, malah berfungsi sebagai panduan praktikal kepada pembeli, artis, pemasar, dan pembuat dasar dalam memperkasakan ekonomi seni digital serta menegaskan peranan NFT sebagai pemangkin perkembangan seni visual kontemporari di Malaysia

Community

0 comments
Use Connect Wallet in the navigation

No discussion yet

Be the first to share a question or observation.